Jumaat, 29 Mei 2009

IKRAR DAN LAGU PUTERI

IKRAR PUTERI
Kami Puteri UMNO berikrar:
Kamilah Puteri Pejuang
Besatu berpadu menempuh halangan
Puteri prihatin harapan bangsa
Berjuang mempertahan pertiwi merdeka
Kamilah Puteri Tiang Negara
Pemangkin aspirasi wanita muda
Tanpa diskriminasi antara kita
Niat kian ikhlas pengukuh jiwa
Kamilah Puteri Pewaris Bangsa
Pemelihara agama juga budaya
Berilmu, beramanah, telus dan setia
Bertanggungjawab berhati mulia
Kami memohon pada Yang Satu
Agar perjuangan mendapat restu
Ayuhlah mara Puteri UMNO ku
Ke mercu kecemerlangan yang kita tuju

LAGU PUTERI
Dengan berkat doa, hasrat ikhlas dijiwa
Kami berusaha dengan setia
Berikrar berjanji, bersatu, teguh hati
Pertahan kedaulatan bangsa merdeka
Dengan bersemangat tabor bakti dan khidmat
Untuk rakyat di kota dan di desa
Hingga ke titisan darah yang terakhir
Rela berjuang demi maruah bangsa
Kamilah PUTERI pewaris bangsa dan negara
Rela untuk berkorban harta dan nyawa
Demi agama, bangsa dan negara
PUTERI UMNO terus mara
PUTERI UMNO akan tetap setia
PUTERI UMNO akan terus mara
Lagu dan Lirik : Edry/Yusry/Norman

Isnin, 25 Mei 2009

Photo
Majlis perjumpaan Ketua Penerang 4 perengkat UMNO Selangor bersama Ketua Penerangan Malaysia,majlis diadakan di Bangunan UMNO Selangor Shah Alam.




MAJLIS TAHLIL 63 TAHUN UMNO

Sempena 63 tahun UMNO Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Puchong telah mengadakan majlis tahlil dan sumbangan.